Thursday, November 21, 2019

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN HARI JADI PPKI 2019


(20 NOVEMBER 2019): Jamuan Akhir Tahun dan sambutan hari jadi untuk murid dan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah dijalankan di kantin sekolah. Guru besar puan hajjah Marianah turut hadir untuk memeriahkan suasana. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertukran hadiah antara murid, pertandingan kerusi berputar antara murid, dan pertandingan kerusi kerusi berputar antara guru.

Aktiviti kerusi berputar antara murid....

Aktiviti pertukaran hadiah antara murid....

Aktiviti memotong kek hari jadi...

PENYERAHAN SLIP PASR PPKI SK KOLOMBONG 2019


(21 NOVEMBER 2019): Penyerahan slip Penilaian Alternatif Sekolah Rendah (PASR) untuk murid-murid tahun 6 PPKI SK Kolombong telah dibuat di pejabat am PPKI SK Kolombong.



SELAMAT BERCUTI SEKOLAH 2019.

"Selamat bercuti. Jaga diri baik-baik," guru besar puan Hajjah Marianah.
(22 NOVEMBER 2019): "Selamat bercuti. Jaga diri baik-baik" Itu antara amanat guru besar puan Hajjah Marianah kepada guru-guru dan murid-murid SK Kolombong, sempena cuti persekolahan yang akan bermula esok 23 November 2019.

YDP PIBG turut sama dalam aktiviti salam doa restu kepada semua murid.




HBP SKK: PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN


(22 NOVEMBER 2019): Hari Bertemu Pelanggan (HBP) SK Kolombong dengan pengisian penyerahan slip keputusan ujian sumatif 2  diadakan di kelas masing-masing. Akviti bermula jam 8.30 pagi.





Wednesday, November 20, 2019

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SKK 2019


(19 NOVEMBER 2019): Majlis Anugerah Cemerlang SK Kolombong 2019 telah berlangsung di Dewan SMK Kolombong. Majlis bertujuan mengiktiraf kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.





Thursday, November 14, 2019

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 SKK 2019


(14 NOVEMBER 2019):  Majlis Apresiasi Tahun 6 (murid Perdana dan PPKI) SK Kolombong 2019  telah dirasmikan oleh Puan Tah  Nia Jeman, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

Murid PPKI bersama dengan guru kelas...

Wednesday, November 13, 2019

MAJLIS APRESIASI DAN BAKAT PRA SEKOLAH 2019


(14 NOVEMBER 2019): Seramai 50 orang murid pra sekolah SK Kolombong berjaya menamatkan sesi persekolahan 2019 diraikan dalam Majlis Apresiasi dan Bakat Pra Sekolah SK Kolombong 2019.





Monday, November 11, 2019

DI SEBALIK TABIR: PERKHEMAHAN UB SKK 2019

Terima kasih...
(12 november 2019): Di sebalik tabir kejayaan pelaksanaan Perkhemahan Unit Beruniform SK Kolombong 2019, inilah mereka hero yang tidak didendangkan (unsung hero). Terima kasih...






PERKHEMAHAN UB SKK 2019


(12 NOVEMBER 2019:) Perkhemahan Unit Beruniform (UB) SK Kolombong (SKK) telah dijalankan pada 10 November hingga 11 November 2019 di SK Kolombong Kota Kinabalu. Sebanyak enam unit beruniform yang terdiri dari;
a) PBSMM (Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia)
b) TKRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah)
c) PPIM (Pergerakan Puteri Islam Malaysia)
d) PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi)
e) PPT (Pandu Puteri Tunas)
f) Pengakap

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti;
a) mendirikan khemah
b) larian berhalangan
c) malam kebudayaan
d) Sayang Si buta
e) cabaran berkumpulan

larian berhalangan...

malam kebudayaan...

"Sayang Si buta"...
Cabaran berkumpulan...

Friday, November 1, 2019

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK KOLOMBONG 2019

"CITA-CITA SAYA" TEMA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2019
(1 NOVEMBER 2019): Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah SK Kolombong 2019telah diraikan dengan sederhana tetapi dengan penuh kemeriahan. Tema sambutan tahun ini ialah "Cita-cita saya". Guru besar puan Hajah Marianah telah merasmikan acara tersebut.

Persembahan nyanyian .....
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti nyanyian murid perdana dan PPKI, peragaan pakaian beragam "Cita-cita saya" dan juga persembahan dari murid Pra sekolah.


VIP yang memeriahkan majlis....

Wednesday, October 30, 2019

"KAMI SUKA MEMBACA" PPKI SK KOLOMBONG


(31 OKTOBER 2019): Pengisian aktiviti Hari Kanak-kanak Sedunia 2019 peringkat PPKI SK Kolombong diisi dengan pertandingan membaca. Aktiviti dijalankan di Bilik Gerakan SK Kolombong Kota Kinabalu.




Tuesday, October 29, 2019

"KAMI PANDAI MENYANYI" PPKI SK KOLOMBONG

"Goyang 2 jari" adik Dettreysie

(24 OKTOBER 2019): Bakat menyanyi murid-murid Program Pendidikan Khas Intregrasi (PPKI) SK Kolombong terserlah dalam pertandingan nyanyian sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2019 peringkat sekolah.