Friday, June 7, 2019

KENALI APA ITU DISLEKSIA DAN BANTU MEREKA.

Kredit:  Facebook Kami Peduli Anak Disleksia
Selalunya masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, serta mengira.
Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Antaranya Albert Einstein, Tom Cruise dan Steve Jobs.

 Berikut adalah antara ciri-ciri disleksia: 
1. Sukar memahami arahan

2. Tidak pandai ikat tali kasut 
3. Anak terlalu aktif, tiada keseimbangan, atau pendiam 
4. Lambat dalam pertuturan dan pelat 
5. Sukar ingat perkataan yang dipelajari, menulis terbalik dan keliru dengan nombor dan perkataan 
6. Susah memahami penerangan dan tunjuk ajar

 Bawa jumpa pakar kanak-kanak untuk pengesahan lanjutan melalui ujian yang dijalankan. Banyak hospital kerajaan yang punya pakar kanak-kanak dan membuat ujian bagi mengesan penyakit kanak-kanak seperti ini. 

 Dan jika anak kita disahkan disleksia, tolong, tolong, tolong jangan malu untuk masukkan mereka ke kelas pendidikan khas.

Di sana hak mereka. Di sana tempat yang paling sesuai untuk mereka belajar. Guru-guru pendidikan khas dilatih untuk mendidik anak-anak seperti ini. Mereka punya kepakaran dan handal sekali memulihkan kanak-kanak disleksia. 

Kredit: https://says.com/my

BERJOGGING DI RAYA KETIGA....

(7 JUN 2019: LIKAS): Aktiviti berjogging diteruskan pada hari Raya ketiga, di Trek Jogging Kompleks Sukan Likas. Dengan jarak 6.01 km, dan catatan masa 52 minit.