Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membuat penambahbaikan kepada templat
pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahap 1 bagi semua mata pelajaran
KSSR Semakan 2017.
Oleh yang
demikian, guru-guru hendaklah memastikan templat yang anda gunakan adalah versi
terbaru iaitu Versi 3.0.
Di dalam
template pelaporan PBD ini ia merupakan template gabungan semua Mata Pelajaran
mengikut tahun.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian
daripada komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya
telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil.
3 Tahun 2011.
PBD
sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan
secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi
mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.
Templat
Pelaporan PBD Tahap 1 bagi Guru Kelas mengandungi beberapa Worksheet/Tab:
| |||||||||||||||||
MUAT TURUN TEMPLATE PENTAKSIRAN BILIK DARJAH VERSI 3.0 BARU DI BAWAH:
| |||||||||||||||||
Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID. Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:
PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN DAN ULASAN GURU MATA PELAJARAN
Guru kelas hendaklah memberikan ulasan yang berbentuk komprehensif yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ulasan tambahan berbentuk kebolehan lain yang unik antara murid juga digalakkan jika seperti kebolehan pengucapan awam (public speaking), mudah menghafal, mengenal paten dan sebagainya. Guru kelas atau guru mata pelajaran juga digalakkan menggunakan nama ringkas murid dalam membuat ulasan yang berkenaan untuk memberikan lebih nilai peribadi (personal touch) antara guru dan murid. Diharap semua guru dapat memastikan tapak PBD yang anda gunakan adalah versi terbaru, berdasarkan Surat Pemakluman KPM/TKPPM/1/15 JLD 3(54) Bertarikh 25 April 2019 | |||||||||||||||||
Kredit/ Sumber: https://www.pendidik2u.my/templat-pelaporan-pentaksiran-bilik-darjah-pbd/?fbclid=IwAR2toT_LR8wC5PFoRQ0oz7E7cCcXxoQcohFNmhK3TfILRmQtuvpgjisqCTQ | |||||||||||||||||
Wednesday, May 29, 2019
TEMPLAT PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Versi 3.0 (Baru)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment