Wednesday, August 14, 2019

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DI SK KOLOMBONG 2019

BERKIBAR megah Jalur Gemilang...
(14 OGOS 2019): Semangat patriotik warga SK Kolombong Kota Kinabalu diperlihatakan dengan tidak mahu  ketingggalan dalam Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019. Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang sudi datang dan membantu memasang Jalur Gemilang.



Semangat kerjasama dalam warga SK Kolombong Kota Kinabalu...


Thursday, August 8, 2019

PRA SEKOLAH SK KOLOMBONG MELAWAT TAMAN BUAYA

"Kami berani pegang buaya"

(9 OGOS 2019) :

Lawatan Sambil Belajar Prasekolah SK Kolombong ke Taman Buaya Tuaran telah diadakan pada 8 Oogs 2019 iaitu hari Khamis. Seramai 50 orang murid, 8 orang guru, dan 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) telah turut serta dalam rombongan ini.
Antara objektif lawatan ini adalah
i)                   untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang terdapat di Taman Buaya,
ii)                  ii)memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar pelbagai jenis buaya
iii)                 boleh bekerjasama dengan rakan sebaya ketika mengadakan aktiviti.
Rombongan telah bertolak dari sekolah  lebih kurang jam 9 pagi. 

Tuesday, August 6, 2019

CERAMAH INTERAKTIF PPDa SK KOLOMBONG "SIHAT, CERIA, HEBAT" 2019


(7 OGOS 2019: SK KOLOMBONG): Ceramah interaktif Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Kolombong dengan tema "Sihat, Ceria, Hebat" berlangsung di dataran kantin SK Kolombong Kota Kinabalu. Ceramah disampaikan oleh encik mohd Arfizan bin Abdul Majid, Pegawai Pemulihan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kota Kinabalu.

Melawat bahan pameran...
Murid mendengar ceramah....
Salah satu bahan pameran...


Thursday, August 1, 2019

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2019 DI SK KOLOMBONG




(2 OGSO 2019: SK KOLOMBONG) :Majlis pelancaran "Bulan Kemerdekaan 2019" peringkat sekolah telah disempurnakan oleh guru besar puan Marianah Hj. Yusof di Dataran Gemiang SK Kolombong Kota Kinabalu. Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah "Sayangi Malaysiku: Malaysia bersih". Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena majlis tersebut. Antaranya seperti pantun kemerdekaan, deklemasi sajak dan persembahan nyanyian.

Pantun kemerdekaan...

Dekelmasi sajak...