Teknologi
baru 5G menjanjikan perubahan dalam hidup kita dengan menghubungkan
berjuta-juta peranti dan membolehkan segala-galanya menjadi kenyataan daripada
kereta tanpa pemandu hinggalah kepada rumah pintar.
Dengan
kelajuan sehingga 20 kali ganda lebih pantas daripada 4G yang kebanyakan kita
gunakan sekarang, teknologi kilat 5G akan mempercepat dan sambungkan
segala-galanya.
Kepantasan luar biasa
Sebagai
contoh, untuk memuat turun filem berdurasi 2 jam, 3G akan mengambil masa
kira-kira 26 jam. Bagi 4G, anda perlu menunggu selama 6 minit.
Tetapi
dengan 5G, anda tidak sempat untuk bangun dan menyediakan popcorn anda kerana
muat turun anda akan siap dalam masa 3.6 saat.
Dan
tidak, 5G bukan hanya mengenai kelajuan. Ia merupakan pengubah kepada
segala-galanya. Dengan teknologi ini, kita mungkin akan mempunyai bandar-bandar
di mana semua perkara berkomunikasi antara satu sama lain.
Sebagai
contoh, para doktor boleh melakukan pembedahan secara jarak jauh dari bahagian
dunia yang lain.
Dan
bolehkah anda bayangkan sebuah kehidupan di mana video anda tidak pernah
tersekat dan panggilan telefon yang tidak pernah putus?
Tidak
dapat disangkal lagi bahawa teknologi 5G sangat menakjubkan. Namun
persoalannya, mengapa China dan Amerika Syarikat berebut-rebut dan mengambil
berat tentangnya?
Ia
disebabkan satu sebab yang sama, iaitu wang.
5G China jauh meninggalkan Amerika Syarikat
Para
pengkritik bimbang bahawa dengan membiarkan China membina 5G, ini bukan sahaja
akan membolehkan mereka mengintip bahkan mematikan aliran data yang kita bakal
bergantung.
Cuba
bayangkan, jika Huawei menjadi pembekal 5G terkemuka di dunia, maka China boleh
mengintip sesiapa sahaja.Dan
perkara ini adalah sangat tidak menyenangkan bagi A.S, kerana ini adalah
perkara yang mereka juga ingin lakukan.
Walaupun
A.S sedang membina teknologi 5G sendiri, namun 5G oleh China sudah terlalu jauh
meninggalkan mereka dan sukar untuk dikejar.Ia
seperti persaingan pada satu ketika dahulu di antara DVD dan CD. Dan jika anda
tertanya-tanya apakah itu CD, itulah tahap teknologi 5G milik A.S ketika ini.
Jadi,
ini adalah satu perlumbaan di mana ramai orang telah mengatakan bahawa A.S
sudah tewas.
Kredit/ sumber: Iluminasi