Thursday, July 15, 2021

UBK SKK ZIARAH CAKNA MURID TERJEJAS PKP

 (KHAMIS:15 JULAI 2021): Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Kolombong telah membuat ziarah cakna sambil memberikan "bantuan bakul" ke atas keluarga murid yang terjejas akibat pandemic COVID 19.

Pada 10  Julai  2021, UBK SK Kolombong yang diketuai oleh cikgu Marie (Penolong Kanan HEM), cikgu Emy (guru UBK), cikgu Rosmin dan beberapa guru telah melawat keluarga murid Deborah Jiblic di Kampung Kionsom, Inanam.

Krew sedang memasang lampu solar di rumah Deborah.

Terima kasih kepada Yayasan Amal Sabah atas sumbangan lampu solar. Dengan adanya lampu solar dapat mencapai impian keluarganya untuk melihat rumah mereka diterangi cahaya lampu diwaktu malam.

Hari ini (15 Julai 2021), UBK SKK  membuat ziarah cakna ke atas keluarga murid Vanessa Maiwas di Kampung Nountun Inanam, sambil meberikan sedikit "bantuan bakul" hasil sumbangan guru-guru SK Kolombong Kota Kinabalu.

Saturday, May 1, 2021

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 21 SK KOLOMBONG.

 


(2 MEI 2021): Hari ulang tahun ke 21 SK Kolombong.  "Selamat ulang tahun SK Kolombong." Beriltizam Cemerlang.

Hj Jaafar Bin Othman. Guru Besar Pertama SK Kolombong.

INFO.
Guru-guru generasi pertama di SK Kolombong.

1.GB JAAFAR OTHMAN

2. SHAFIE JALIE PK HEM

3. GEORGE ABUN PK KOKUM

4. TERUNA SMART PK 1

5. KAMARUDIN MAD ARIF - GURU DISIPLIN

6. SUWINI GUSTI – MASIH BERKHIDMAT DI SINI

7. NAZARIUS ANDREW – MASIH BERKHIDMAT DI SINI

8. YASSIN ABD RAHMAN

 


Thursday, April 22, 2021

PPKI SK KOLOMBONG DENGAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

 

(22 APRIL 2021): Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong turut serta dalam program "Jom Baca Bersama Untuk Sepuluh Minit 2021". Program ini bertujuan untuk meneruskan kelesterian budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, dengan berhenti 10 minit sahaja untuk membaca sebarang bahan bacaan.









Friday, April 9, 2021

SAMBUTAN BULAN KESEDARAN AUTISME PPKI SKK DAN HARI JADI.

 

(9 APRIL 2021): Sambutan bulan kesedaran autisme Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong, dan hari jadi murid dan guru yang lahir dari bulan Januari hingga April telah dijalankan di Dewan Mini SK Kolombong.







Saturday, April 3, 2021

ADIK EMEE ZAHRA TOKOH NILAM 2021


(3 APRIL 2021): Adik Emee Zahra Binti Abdul Latif dari SK Kolombong Kota Kinabalu menjadi Johan Pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah Kota Kinabalu 2021 Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah, dan mewakili daerah Kota Kinabalu ke peringkat negeri.
Majlis pengumuman secara maya telah berlangsung pada 1 April 2021.

Adik Emee Zahra...



Info:

Youtube  : sila klik 👉🏼 https://youtu.be/A57IbFmkhNc 




Saturday, March 27, 2021

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKK 2021

(26 MAC 2021) : Majlis penutupan Program Transisi Tahun 1 SK Kolombong sesi 2021 telah disempurnakan oleh guru beasr Encik Hussin bin Amid. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) encik Ahmad Syahbirin.




Friday, March 26, 2021

TERIMA KASIH ....PENGHARGAAN INI.

 

Anugerah disampaikan oleh Guru Besar Encik Hussin bin Amid.

(26 MAC 2021): Guru besar encik Hussin bin Amid telah menyampaikan anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulan Mac 2021 peringkat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Kolombong kepada cikgu Nazarius.

Terima kasih kepada guru besat, penolong kanan PPKI, rakan-rakan guru dan PPM SK Kolombong atas penghargaan yang amat bermakna ini.