Thursday, August 8, 2019

PRA SEKOLAH SK KOLOMBONG MELAWAT TAMAN BUAYA

"Kami berani pegang buaya"

(9 OGOS 2019) :

Lawatan Sambil Belajar Prasekolah SK Kolombong ke Taman Buaya Tuaran telah diadakan pada 8 Oogs 2019 iaitu hari Khamis. Seramai 50 orang murid, 8 orang guru, dan 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) telah turut serta dalam rombongan ini.
Antara objektif lawatan ini adalah
i)                   untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang terdapat di Taman Buaya,
ii)                  ii)memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar pelbagai jenis buaya
iii)                 boleh bekerjasama dengan rakan sebaya ketika mengadakan aktiviti.
Rombongan telah bertolak dari sekolah  lebih kurang jam 9 pagi.