Tuesday, February 25, 2020

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN GURU PERPUSTAKAAN MEDIA DAN PENGAWAS PSS

VVIP, Guru Perpustakaan Media dan Pengawas  Pusat Sumber SK Kolombong Kota Kinabalu...
(26 FEBRUARI: KOTA KINABALU); Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Guru Perpustakaan Media, dan Pengawas Pusat Sumber peringkat daerah Kota Kinabalu, telah berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


"KAMI SERONOK BERADA DI PUSAT SUMBER" MBK SK KOLOMBONG

CERIA murid berkeperluan khas (MBK) SK Kollombong berada di pusat sumber...
(25 FEBRUARI:SK KOLOMBONG): Sekali-sekala jika murid Program Pendidikan Khas Integrasi dibawa ke Pusat Sumber, kita akan melihat riak wajah mereka akan kelihatan ceria kegembiraan. Tahniah kepada guru-guru PPKI yang begitu komited terhadap anak didik mereka.


PERJUMPAAN KE 3 2020 PENGAKAP PPKI SKK

PERSETIAAN PENGAKAP.....
(26 FEBRUARI 2020: SK KOLOMBONG);  Perjumpaan kali ke 3 Pengakap PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan;

  1.  Persetiaan Pengakap (Kedudukan jari & tangan-lafaz persetiaan)
  2. .Lagu Pengakap
  3. Mengenal dan mewarna logo pengakap

AKSI lagu pengakap....

NGAUMAN Pek Harimau....
KHUSYUK mewarna logo pengakap...
HASIL kerja Pek Harimau...

Monday, February 24, 2020

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2020

BARISAN KAPTEN SEKOLAH SK KOLOMBONG 2020
(24 FEBRUARI 2020: SK KOLOMBONG): Majlis Pelantikan Pemimpin Murid SK Kolombong Kota Kinabalu Sesi 2020 telah dijalankan di Dataran Gemilang sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh guru besar Encik Hussin Bin Amid. Pemimpin murid sekolah terdiri daripada:
a) Kapten Sekolah (Pengawas Sekolah)
b) Pengawas Pusat Sumber
c) Pembimbing Rakan Sebaya
d) Sahabat PPDa
e) Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Wakil setiap pemimpin sekolah....
Lafaz ikrar....

Pengesahan oleh guru besar Encik Hussin Bin Amid...      


Sunday, February 23, 2020

PELANCARAN "PROGRAM JOM KE SEKOLAH' 2020


(17 FEBRUARI: SK KOLOMBONG): Pelancaran "Program Jom Ke Sekolah" tahun 2020 peringkat SK Kolombong telah disempurnakan oleh guru besar Enck Hussin Bin Amid.

"Guru Penyayang" bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah.



Saturday, February 22, 2020

PANDU PUTERI TUNAS SKK SERTAI HARI PERINGATAN PANDU PUTERI

ALBUM kenangan Pandu Puteri Negeri Sabah...

(22 FEBRUARI 2020: KOTA KINABALU); Pandu Puteri Tunas SK Kolombong telah menyertai Sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sabah pada 22 Februari 2020. Acara yang berlangsung di Wisma Pandu Puteri Kota Kinabalu telah dirasmikan oleh YB Tuan Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Paluan gendang simbolik perasmian oleh YB Phoong Jin Zhe.

Pandu Puteri Tunas SK Kolombong bersama pemimpin.

Saturday, February 8, 2020

DIALOG PRESTASI TAHUN 6 S1 2020

"AKU JANJI" murid tahun 6...
(08 FEBRUARI 2020: SK KOLOMBONG): Dialog Prestasi Tahun 6 SK Kolombong Siri 1 tahun 2020 telah dijalankan di Dewan Mini SK Kolombong, pada hari Sabtu (8 Februari) bermula seawal jam 7.30 pagi.

AJK Pendaftaran sibuk bekerja....
VVIP: Wakil PPDKK, YDP PIBG, Guru Besar, para Penolong Kanan (Pentadbiran dan HEM) dan Guru-guru Tahun 6 yang hebat....

Wednesday, February 5, 2020

PERJUMPAAN 2 2020 PENGAKAP PPKI SKK

PERSETIAAN PENGAKAP....
(05 FEBRUARI 2020: SK KOLOMBONG);  Perjumpaan kali kedua Pengakap PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan;

 1. Pengenalan pek (Gaya dan bunyi pek) Duduk dalam kumpulan
 2. Persetiaan Pengakap (Kedudukan jari & tangan-lafaz persetiaan)
  3. Nyanyian : Happy yeah-yeah

Pek Itik dengan aksi bunyi dan gaya itik....



Taklimat oleh Skip Jamal....





Pek ayam....