Tuesday, June 4, 2019

JOM SIHAT, MARI JOGGING RAYA...

SALAM AIDILFITRI
(5 JUN 2019: LIKAS): Aktiviti bersenam untuk kesihatan diteruskan dengan berjogging di Trek Jogging Kompleks Sukan Likas. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, admin ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan walau di mana anda berada.

Mari jogging untuk kesihatan....





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019. Maaf, zahir dan batin.

AUTISME DI AIDILFITRI





(4 JUN 2019)  Autisme di Aidilfitri

Secara luaran dan fizikal, mereka sama seperti kanak kanak biasa. Namun tingkahlaku dan sikap mereka mungkin agak berbeza.

Sekiranya anda nampak kanak kanak sebegini, fikirlah secara positif, mungkin ia kanak kanak istimewa.
.
Hari raya adalah antara hari yang mencabar untuk kanak kanak autisme yang biasanya sangat sensitif dengan bunyi bising, letupan mercun, suasana sesak, lampu terang dan warna warna yang terang.

Jika ada anak tetamu dan saudara mara yang mengalami masalah ini, jangan soal kenapa dan punca, kerana setakat ini punca Autisme masih tidak dapat diketahui.

Kredit : Public Health Malaysia