Wednesday, July 31, 2019

SAMBUTAN "SCOUT SCARF DAY 2019" DI SK KOLOMBONG


Pengakap SK Kolombong...
(1 OGOS 2019): Pengakap SK Kolombong dan Pandu Puteri Tunas SK Kolombong merayakan "
Hari Skaf Pengakap Sedunia 2019" yang berlangsung di Dataran Gemilang SK Kolombong Kota Kinabalu.

Pandu Puteri Tunas SK Kolombong...
Hari ini merupakan Hari Skaf Pengakap Sedunia 2018. Semua Pengakap seluruh dunia tidak ketinggalan untuk memakai skaf pada 1 Ogos setiap tahun. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan termasuklah laung agung, dan persetiaan pengakap.


Persetiaan Pengakap....



Tuesday, July 30, 2019

BARISAN PENTADBIR SK KOLOMBONG 2019

(31 JULAI 2019): Berikut adalah barisan pentadbir SK Kolombong Kota Kinabalu tahun 2019.

Puan Marianah Hj. Yusof
Guru Besar SK Kolombong Kota Kinabalu


Puan Saimah Zainal
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kolombong

Puan Marie Sigaron
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Encik Jatin Inndar
Penolong Kanan ko-kurikulum (KOKUM)

SITIHARIANI BINTI GASIN
PENOLONG KANAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTREGASI (PPKI)

"KAMI BOLEH BERMAIN ALAT MUZIK" PPKI SK KOLOMBONG"

Murid seronok bermain dram dan kompang...
(31 JULAI 2019: SK KOLOMBONG): Murid Program Pendidikan Khas Intregasi (PPKI) SK Kolombong memang berbakat dalam bermain alat muzik seperti dram dan kompang. Bakat itu yang ditunjukkan waktu pengisian Ko-kurikulum Kelab dan Persatuan.

Bersedia untuk menari...

Sunday, July 28, 2019

SK KOLOMBONG MENANG "GOLD" DAN "SILVER" AWARD LIVE CODING CHALLENGE 2019

Pasukan SK Kolombong bersama jurulatih dan guru pengiring yang mantap...
(29 JULAI 2019: SK KOLOMBONG): SK Kolombong memenangi "Gold Award" dan "Silver Award" dalam pertandingan RAC '19 Live Coding Challenge with rero:micro (Primary) - State Level. Adik Muhamad Izzat Khaleel  dan adik Muhammad Hafeez dari pasukan SKK_RERO 1 (SK Kolombong) berjaya memenangi "gold award", sementara adik Shazleen Alya dan adik Puteri Aleeya Fariesya dari pasukan SKK-RERO 3 memenangi "silver award."
Album kenangan...

PANDU PUTERI TUNAS SK KOLOMBONG MENANG BATHKPC 2019


(29 JULAI 2019: SK KOLOMBONG): Adik Anis Dayana Binti Jaine dari SK Kolombong Kota Kinabalu akan mewakili negeri Sabah ke Cabaran Bengkel Anugerah Tunas Harapan ketua Pesuruhjaya (BATHKP) yang akan berlangsung di Pulau PInang.
Adik Anis Dayana berjaya menerima Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) yang berlangsung di Girl  Guide Wildness Park Sandakan, pada 26 hingga 28 Julai 2019.

Adik Anis Dayana menerima anugerah dari Ketua Pesuruhjaya Cawangan Sabah...

Album kenangan....

Wednesday, July 24, 2019

"KAMI MELUKIS DAN MEWARNA JALUR GEMILANG" PPKI SK KOLOMBONG

"lnilah hasilan kerja kami"
(24 JULAI 2018: SK KOLOMBONG): Murid PPKI (Program Pendidikan Khas Intregrasi) SK Kolombong melukis dan mewarna Jalur Gemilang. Ini adalah pengisian aktiviti Unit Beruniform Pengakap PPKI SK Kolombong dalam kegiatan Ko-kurikulum minggu ini.

"Kami berbaris untuk pembhagian kumpulan"
"Kami bekerjasama dalam aktiviti kumpulan..."
"Dan ini adalah hasilan kami.."

Monday, July 15, 2019

TAKLIMAT PENATARAN PENDIDIKAN SIVIK SK KOLOMBONG

CIKGU SAIMAH sedang memberikan taklimat...
(16 jULAI 2019: SK KOLOMBOG): Taklimat Penataran mata pelajaran Pendidikan Sivik kepada guru-guru SK Kolombong telah dijalankan di Bilik Gerakan SK Kolombong Kota Kinabalu pada 16 Julai 2019 (Selasa). Taklimat telah disampaikan oleh puan Saimah Zainal, Penolong Kanan Pentadbiran SK Kolombong Kota Kinabalu.



SK KOLOMBONG NAIB JOHAN KALAM JAMAIE 2019

NAIB JOHAN SK Kolombong.....

(16 JULAI 2019: KOTA KINABALU): SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat naib johan pertandingan Kalam Jamaie 2019 peringkat daerah Kota Kinabalu. Syabas dan tahniah kepada jurulatih dan peserta kalam jamaie SK Kolombong Kinabalu.

MARI BERSENAM, UTAMAKAN KESIHATAN...

(15 JULAI 2019) : Apabila teknologi semakin maju, tv dan telefon semakin ringan, saiz dan kalori makanan semakin tinggi, pergerakan semakin berkurangan.
Jom bersenam untuk kesihatan!!!

sumber: facebook Public Health Malaysia.

Saturday, July 13, 2019

PERKHEMAHAN DIGITAL `BOOTCAMP` DMH SK KOLOMBONG 2019


(13 JULAI 2019: SK KOLOMBONG): Perkhemahan Digital `Bootcamp` Digital Maker Hub SK Kolombong (DMHSKK) 2019 berlangsung pada 13 Julai hingga 14 Julai 2019 di Digital Maker Hub SK Kolombong. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari pertama (13 Julai 2019), antaranya:
a)  memasang khemah
b) aktiviti Bootcamp fasa 1 hingga fasa 3
c) aktiviti riadah
d) aktiviti BBQ
e) aktiviti `My Digital Talent`

Aktiviti memasang khemah...


Aktiviti riadah...
Hasilan peserta.....

Aktiviti BBQ....

Monday, July 8, 2019

SK KOLOMBONG MENANG PINGAT GANGSA KARATE


(8 JULAI 2019: SK KOLOMBONG): Adik Laura Iszzabel Abdullah dan Shawanda Dania Sharul dari SK Kolombong Kota Kinabalu memenanangi pingat gangsa dalam kategori "kata kumpulan" dan "kumite kumpulan"  pertandingan  karate "6th Legend International Karate Club Championship 2019" yang berlangsung di Stadium MPSJ Serdang Jaya Selangor, pada 29 Jun hingga 30 Jun 2019.



Sunday, July 7, 2019

HARI KELUARGA PPKI SK KOLOMBONG 2019

Album Hari Keluarga PPKI SK Kolombong 2019....
(7 JULAI 2019: SK Kolombong): Sambutan hari Keluarga PPKI (Program Pendidikan Khas Intregrasi) SK Kolombong Kota Kinabalu telah diraikan pada 6 Julai 2019 (Sabtu) bertempat di SK Kolombong.Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka kanak-kanak, ibu bapa dan guru, serta cabutan nombor bertuah.

Acara berlari dalam karung guni berganti-ganti ibu bapa dan murid....

Tarik tali campuran ibu bapa dan guru....

Acara sambut bola murid-murid...

Acara "makan biskut" di atas mata....

Thursday, July 4, 2019

PIBG SKK MELAWAT MAJLIS BELIA SABAH


(5 JULAI 2019): Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Kolombong  Kota Kinabalu (SKK) telah membuat lawatan ke Majlis Belia Sabah (MBS) pada 4 Julai 2019 (Khamis). Rombongan PIBG SKK diketuai oleh YDP PIBG SKK, dan juga PK Ko-kurikulum SKK Encik Jatin Indar.


Beberapa perkara telah dibincangkan dalam pertemuan dengan Presiden MBS. Antaranya adalah seperti;
1) jaringan Majilis Belia Sabah (MBS) dengan kementerian seperti Belia dan Sukan boleh membantu sekoloah  khususnya bantuan peralatan sukan dan permainan.

2) MBS sebagai salah satu rakan strategik untuk program KOLOMBONG CHARITY RUN yang akan diadakan pada 27 Oktober 2019 di Taman Awam Teluk Likas.

Wednesday, July 3, 2019

16TH WORLD GYMNAESTRADA 2019 : SK KOLOMBONG KE AUSTRIA

Bendera SK Kolombong akan dibawa ke Dornbirn Autria....
(3 JULAI 2019: SK KOLOMBONG): Adik Eden Garielle Sigar dan adik Nivolet Nychel Ronny dari SK Kolombong Kota Kinabalu akan membawa cabaran Malaysia dalam pertandingan "16th World Gymnaestrada 2019", yang akan berlangsung di Dornbirn, Austria pada 6  hingga 13 JUlai 2019.

Adik Nivolet dan Eden....semoga berjaya.