Thursday, November 21, 2019

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN HARI JADI PPKI 2019


(20 NOVEMBER 2019): Jamuan Akhir Tahun dan sambutan hari jadi untuk murid dan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah dijalankan di kantin sekolah. Guru besar puan hajjah Marianah turut hadir untuk memeriahkan suasana. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertukran hadiah antara murid, pertandingan kerusi berputar antara murid, dan pertandingan kerusi kerusi berputar antara guru.

Aktiviti kerusi berputar antara murid....

Aktiviti pertukaran hadiah antara murid....

Aktiviti memotong kek hari jadi...

PENYERAHAN SLIP PASR PPKI SK KOLOMBONG 2019


(21 NOVEMBER 2019): Penyerahan slip Penilaian Alternatif Sekolah Rendah (PASR) untuk murid-murid tahun 6 PPKI SK Kolombong telah dibuat di pejabat am PPKI SK Kolombong.



SELAMAT BERCUTI SEKOLAH 2019.

"Selamat bercuti. Jaga diri baik-baik," guru besar puan Hajjah Marianah.
(22 NOVEMBER 2019): "Selamat bercuti. Jaga diri baik-baik" Itu antara amanat guru besar puan Hajjah Marianah kepada guru-guru dan murid-murid SK Kolombong, sempena cuti persekolahan yang akan bermula esok 23 November 2019.

YDP PIBG turut sama dalam aktiviti salam doa restu kepada semua murid.




HBP SKK: PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN


(22 NOVEMBER 2019): Hari Bertemu Pelanggan (HBP) SK Kolombong dengan pengisian penyerahan slip keputusan ujian sumatif 2  diadakan di kelas masing-masing. Akviti bermula jam 8.30 pagi.