Monday, May 27, 2019

PESTA KAAMATN, HUMINODUN DAN UNDUK NGADAU

CARA MENGATASI ANAK LAMBAT BERCAKAP ( SPEECH DELAY )


(27 MEI 2019: INANAM):
Semua orang mahukan anak yang sihat dan comel-comel belaka. Tetapi tidak semuanya akan berjalan lancar, kita hanya merancang; Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Cara mengtasi anak lambat bercakap.

1) Cari rakan reponsif.
Rakan reponsif ini adalah peranan yang dikehendaki dari semua ibu bapa.

2) Follow the child lead
Ikut minat anak anda dalam topik perbualan. Matlamat kita adalah untuk mereka boleh bercakap bukan pandai belajar. Dengan mengikuti minat mereka, anda mampu memperkenalkan bahasa dan pengalaman baru kepada anak.

3) Berkongsi
Seorang rakan mesti boleh berkongsi segalanya. Kongsi minat, topik perbualan dan kongsi ruang. Dengan sifat berkongsi ini, mereka akan merasakan kita adalah sebahagian dari rakan yang sangat memahami mereka. Maka keselesaan berinteraksi wujud di sini.

4) Tunggu dan Respon
Sentiasa sabar menunggu dan memberi respon setiap kali mereka ingin berintraksi dengan anda. Guna peluang yang ada untuk menambah bahasa dan pemahamannya. Perlu juga diingatkan bukan sahaja boleh bercakap menjadi matlamat kita, tetapi mesti boleh memahami maksud apa yang diperkatakan.
Kalau mahu anak lebih petah bercakap, membaca dan sebagainya panduan anak cerdas ini mungkin adalah jawapannya. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menjadi panduan berguna.
Ingat, zaman kita dan zaman mereka tak sama. Dari masa ke semasa kita sebagai ibubapa perlu menambah ilmu dan pengetahuan.

Seperti kata Saidina Umar Al-Khatab;
"Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibubapanya"

Kredit? sumber :  Special Kidz Rehab Care Center SKRC