Thursday, July 15, 2021

UBK SKK ZIARAH CAKNA MURID TERJEJAS PKP

 (KHAMIS:15 JULAI 2021): Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Kolombong telah membuat ziarah cakna sambil memberikan "bantuan bakul" ke atas keluarga murid yang terjejas akibat pandemic COVID 19.

Pada 10  Julai  2021, UBK SK Kolombong yang diketuai oleh cikgu Marie (Penolong Kanan HEM), cikgu Emy (guru UBK), cikgu Rosmin dan beberapa guru telah melawat keluarga murid Deborah Jiblic di Kampung Kionsom, Inanam.

Krew sedang memasang lampu solar di rumah Deborah.

Terima kasih kepada Yayasan Amal Sabah atas sumbangan lampu solar. Dengan adanya lampu solar dapat mencapai impian keluarganya untuk melihat rumah mereka diterangi cahaya lampu diwaktu malam.

Hari ini (15 Julai 2021), UBK SKK  membuat ziarah cakna ke atas keluarga murid Vanessa Maiwas di Kampung Nountun Inanam, sambil meberikan sedikit "bantuan bakul" hasil sumbangan guru-guru SK Kolombong Kota Kinabalu.