Sunday, June 30, 2019

GOOGLE CLASSROOM (GC)


(30 JUN 2019):
Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.
Sehubungan itu, bagi membantu para guru untuk berkongsi maklumat atau cadangan dan sebagainya, disyorkan agar menyertai kumpulan Telegram Google Classroom Training di pautan ini: https://t.me/GoogleClassroomTraining.
Untuk maklum lanjut dan bantuan teknikal boleh menghubungi 016-6628915 atau
google-helpdesk@eduspec.com.my.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, June 28, 2019

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK KOLOMBONG 2019


(28 JUN 2019: SK KOLOMBONG): Temasya Sukan Tahunan SK Kolombong 2019 telah berlangsung di padang sekolah SK Kolombong, pada 26 Jun hingga 27 Jun 2019. Empat buah rumah sukan telah mengambil bahagian iaitu:
1) Laksamana (Merah)
2) Syahbandar (Biru)
3) Temenggung (Hijau)
4) Bendahara (Kuning)

Aksi kontinjen perbarisan rumah Laksamana sebelum acara lintas hormat berlangsung....
Acara pada hari pertama (26 Jun 2019) ialah acara padang iaitu lompat tinggi, lontar peluru, dan lompat jauh.Senentara acara pada hari kedua (27 Jun 2019) ialah acara balapan seperti 80 meter lari berpagar, 4 x 50 meter, 4 x 80 meter, dan 4 x 100 meter.

Acara 4 x 80 meter perempuan.....

Gimik persembahan Kelab Karate Sekolah....
Acara Terbuka Ibu bapa 4 x 100 meter...
Orang kuat di sebalik tabir....

Thursday, June 27, 2019

SK KOLOMBONG TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1


(28 JUN 2019 ): Adik Puteri Aleesya Nur Islam bte Md Airulsah mewakil SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat tempat ketiga dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 peringkat negeri sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sabah 2019. Pertandingan yang berlangsung semalam (27 Jun 2019) bertempat di SMK Titingan Tawau.


Wednesday, June 26, 2019

ACARA PADANG SUKAN SEKOLAH SK KOLOMBONG 2019

Melambung di udara gaya lompatan dari rumah Laksamana ni...
(26 JUN 2019: SK KOLOMBONG): Hari kedua acara sukan tahunan SK Kolombong 2019 dengan pengisian acara padang iaitu:
1) lompat jauh
2) lompat tinggi
3) lontar peluru

Gaya lontaran "menutup mata" sebelum lontaran....

Gaya "gunting" yang kelihatan mudah dintonjolkan...

Tuesday, June 25, 2019

SUKANEKA SK KOLOMBONG 2019


(25 JUN 2019: SK KOLOMBONG): Sukaneka SK Kolombong 2019 telah dijalankan di padang SK Kolombong. Acara-acara yang dipertandingkan termasuklah, isi air dalam botol, mengumpul bola, boling, dan 50 meter berganti-ganti. Empat kategori dipertandingkan iaitu:
1) pra sekolah
2) PPKI (Program Pendidikan Khas Intregasi)
3) Tahun 1
4) Tahun 2

Acara boling murid  PPKI....

Acara 50 meter berganti-ganti murid Pra sekolah....

Acara mengisi air dalam botol murid tahun 2...

Acara mengumpul bola murid tahun 1....

Wajah keriangan guru-guru setalah selesai acara sukaneka...

Saturday, June 22, 2019

DIALOG PRESTASI TAHUN 6 SKK 2019


(21 JUN 2019: SK KOLOMBONG): Dialog Prestasi Tahun 6 bersama ibu bapa waris tahun 6 telah dijalankan di Bilik Gerakan SK Kolombong. Acara yang bermula tepat jam 8.00 pagi turut dihadiri oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) puan Jalilah.

Puan Jalilah dari SISC plus mewakili PPDKK memberikan amanat penting kepada ibu bapa...

GPK1 puan Saimah....
Ibu bapa waris murid tahun 6 yang hadir...

Friday, June 21, 2019

HARI BERTEMU PELANGGAN PPKI SK KOLOMBONG 2019


(21 JUN 2019: SK KOLOMBONG) : Hari Bertemu Pelanggan Program Pendidikan Khas Intregrasi (PPKI) SK Kolombong 2019  telah dijalankan, bertempat di kelas PPKI SK Kolombong. Aktiviti bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.  Hari Bertemu Pelanggan hari ini lebih memfokuskan kepada;
1) penyerahan Slip Peperiksaan Semester 1/2019
2) Dokumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
3) Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Cikgu Jackson memberikan penerangan kepada ibu murid...

Cikgu Justina memberikan taklimat  masalah disleksia kepada ibu murid...



Wednesday, June 19, 2019

HARI GURU DAN AIDILFITRI DI SK KOLOMBONG 2019


(19 JUN 2019: SK KOLOMBONG): Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri telah disambut oleh warga SK Kolombong. Aktiviti Hari Guru telah dijalankan di kantin sekolah, manakala sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijalankan di kelas masing-masing.


Suasana hari raya Aidifitri:






Saturday, June 15, 2019

HAPPY FATHER`S DAY 2019


(16 JUN 2019) : Selamat menyambut Hari Bapa 2019 kepada semua yang "berpangkat" bapa walau di anda berada. Happy Father`s Day.

Friday, June 14, 2019

SK KOLOMBONG JOHAN KOMPANG SELAWAT BAHAGIAN BARAT 2019

Persembahan dijalankan di kantin sekolah....

(14 JUN 2019: SK KOLOMBONG): SK Kolombong menjadi johan Kompang Selawat Bahagian Barat 2019. Dengan kemenangan ini, SK Kolombong Kota Kinabalu akan mewakili bahagian Barat ke peringkat negeri pula.

Team Kompang SK Kolombong yang mantap...

LAKSAMANA MENGUNGGULI SUKAN TARA SK KOLOMBONG 2019

Gaya lontaran "Parry O`Brien"...
(14 JUN 2019: SK Kolombong): Rumah Laksamana (Merah) mengungguli Sukan Tara SK Kolombong 2019 dengan mengumpul 782 mata, Bendahara (739), Syahbandar (719), dan Temenggung (668). Sukan Tara SK Kolombong berlangsung 2 hari iaitu bermula 13 Jun 2019 hingga 14 Jun 2019, di padang sekolah SK Kolombong Kota Kinabalu.

Acara lari 60 meter....

Berlari seorang diri meninggalkan pelari lain jauh di belakang....

Thursday, June 13, 2019

DAY 1: SUKAN TARA SK KOLOMBONG 2019

Lompatan gaya "wakling in the air"
(13  JUN 2019: INANAM): Hari pertama Sukan Tara SK Kolombong  dijalankan di padang sekolah SK Kolombong. Tiga acara dijalankan iaitu;
 1) lari 60 meter : tahap 1 dan tahap 2
2) lompat jauh : tahap 1 dan tahap 2
3) a)  baling bola jaring : tahap 1 , b) lontar peluru

baling bola jaring untuk murid PPKI....

lari 60 meter....

Lontar peluru untuk tahap 2...

DAY 3: BERSAMA MURID PPKI SK KOLOMBONG


(13 JUN 2019: INANAM): Hari ke 3 bersama murid PPKI (Program PendidikanKhas Intregrasi) SK Kolombong untuk bimbingan sebagai guru pendidikan khas. Hari ini bersama dengan kelas 6UMS/UMT untuk mata pelajaran Kemahiran Manipulatif.

Demo oleh cikgu Alixius....



Tuesday, June 11, 2019

DAY 1: IBARAT SIRIH PULANG KE GAGANG


(11 JUN 2019: INANAM): Hari pertama di PPKI (Program Pendidikan Khas Intregrasi) SK Kolombong Kota Kinabalu. Ibarat "Sirih Pulang Gagang" kembali semula bertugas di SK Kolombong sebagai guru Pendidikan Khas Intregrasi.

Mentor cikgu Mohd Daud sedang mengajar mata pelajaran PSV di kelas 3 UKM....
Selama 3 bulan, saya akan dibimbing oleh mentor cikgu Mohd Daud.

Terima kasih cikgu Daud....