Wednesday, October 30, 2019

"KAMI SUKA MEMBACA" PPKI SK KOLOMBONG


(31 OKTOBER 2019): Pengisian aktiviti Hari Kanak-kanak Sedunia 2019 peringkat PPKI SK Kolombong diisi dengan pertandingan membaca. Aktiviti dijalankan di Bilik Gerakan SK Kolombong Kota Kinabalu.




Tuesday, October 29, 2019

"KAMI PANDAI MENYANYI" PPKI SK KOLOMBONG

"Goyang 2 jari" adik Dettreysie

(24 OKTOBER 2019): Bakat menyanyi murid-murid Program Pendidikan Khas Intregrasi (PPKI) SK Kolombong terserlah dalam pertandingan nyanyian sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2019 peringkat sekolah.




"KAMI BOLEH MEWARNA" PPKI SK KOLOMBONG

Tahun 2

(23 OKTOBER 2019: Pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2019 peringkat sekolah telah dijalankan di bilik kelas sekolah.

Tahun 4

Tahun 1

Tahun 6


Monday, October 21, 2019

FILEM "YES SIR" KE FINAL


(21 OKTOBER 2019): Filem Pendek berjudul 'Yes Sir' yang dihasilkan oleh guru dan murid kelab Fotografi Dan Videografi SK Kolombong Kota Kinabalu ini telah terpilih sebagai salah satu Finalist top 5 kategori sekolah rendah dalam Sabah Screen Fest 2019.Semoga  keputusan akhir 8hb Nov. 2019 nanti kejayaan akan berpihak kepada SK Kolombong.
Sinopsis:
Yes Sir mengisahkan tentang Sir Julianus, seorang guru penyayang yang sentiasa membimbing murid-muridnya dengan suasana ceria dan berkasih sayang sehingga menyebabkan Hafeez, seorang murid yang tidak minat belajar menjadi bersemangat untuk hadir ke sekolah dan belajar mengenai Rero Micro. Ini sekaligus membangkitkan semangat kerjasama dan perpaduan di dalam kelas Rero Micro yang Hafeez ketuai.
 https://www.youtube.com/watch?v=ijG629wOZTo

Monday, October 14, 2019

HARI KEUSAHAWANAN DAN PAMERAN PPKI SK KOLOMBONG 2019



(11 OKTOBER: SK KOLOMBONG): Hari Keusahawanan dan Pameran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong Kota Kinabalu telah dijalankan pada 11 Oktober 2019, bertempat di Dataran Gemilang SK Kolombong.


Bahan Pameran: Hasil Kerja murid  PPKI SK Kolombong