Friday, December 4, 2020

SUMBANGAN MASJID BANDARAYA UNTUK MURID PPKI SKK.

 



4 DISEMBER  2020: Penyerahan sumbangan "bakul makanan" dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk 7 keluarga murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Kolombong (SKK) telah dijalankan sekitar jam 4.30 petang. Terima kasih Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.









Tuesday, November 24, 2020

UBK SKK BUAT "ZIARAH CAKNA".

 

Sumbangan kepada adik Deborah...

24 NOVEMBER 2020 (INANAM); Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Kolombong (SKK) yang diketuai oleh cikgu Emy telah membuat "ziarah cakna" sambil memberikan sedikit sumbangan ke atas dua keluarga murid SK Kolombong iaitu adik Deborah Jublic dan Natalie Angeline.

Sumbangan kepada adik Natalie...


Saturday, October 10, 2020

10 OKTOBER HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

 

10 OKTOBER adalah Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020. Riben hijau merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa, selain sebagai tanda sokongan bagi kesedaran dan penyebab kesihatan mental serta membantu membina solidariti untuk komuniti itu.

Tuesday, October 6, 2020

Tuesday, September 15, 2020

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2020 SK KOLOMBONG

 

Guru besar Encik Hussin bin Amid
 

(15 SEPTEMBER 2020) : Majlis Penutupan Bulan Kemerdekan peringkat sekolah telah disempurnakan oleh guru besar Encik Hussin bin Amid. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua PIBG sekolah Encik Ahmad Syahbirin.

Persembahan murid PPKI SK kolombong

Persembahan murid Pra sekolah...

Persembahan murid Pra sekolah..

Koir murid tahap 2...

Nyanyian solo...


"KAMI SEDIA BERAKSI" PPKI SK KOLOMBONG

 

(15 SEPTEMBER 2020): Murid-murid Program Pendidikan Khas  Integrasi (PPKI) SK Kolombong telah membuat persembahan mantap sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Aktiviti telah berlangsung di perkarangan kantin sekolah.

"Merdeka...."




Thursday, August 27, 2020

SK KOLOMBONG JOHAN NYANYIAN SOLO:BARAT

Adik Nuraian binti Ainie
(27 OGOS 2020): Adik Nurain binti Ainie dari SK Kolombong yang mewakili daerah Kota Kinabalu telah menjadi johan ePertandingan Nyannyian Solo Lagu Kerohnian (kategori Terbuka Sekolah Rendah) dalam Pertandingan Program Adab Dan Nilai Peringkat Bahagian Barat Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020.yang berlangsung semalam (26 Ogos 2020) bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.

Wednesday, August 26, 2020

BANTULAH SELAGI BERKEMAMPUAN.....

 


    Michael Frederick bersama ibu Ednah

PLEASE SHARE..
Sumber: Facebook Michael Frederick
26.08.2020
Kota kinabalu

Pagi ini saya mengambil kesempatan untuk melawat saudara kita di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, berikutan ada permintaan dari Individu perseorangan untuk melawat Seorang Kanak2 yang telah disahkan menghidap Cancer Mata.

Beliau terpaksa berpisah dengan suami dan anak2 di Kampung., suami tidak bekerja kerana terpaksa menjaga ketiga2 anaknya sementara si Ibu menjaga ada (pesakit) di Hospital.

Pihak Agaras berhasrat untuk menubuhkan Tabung Sokongan untuk tujuan membantu beliau dari segi perbelanjaan bagi meringan beban keluarga beliau.

#NAMA #AKAUN : Bank Simpanan Nasional
AKAUN #NO. 1211829000271557
#PEMILIK AKAUN: EDNAH PADIL

Pls warsup Resit (PM)

 


 

Thursday, August 20, 2020

SALAM MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1442H

 

 
Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1442H kepada rakan-rakan Muslim di seluruh negara.
 

Wednesday, August 19, 2020

SK KOLOMBONG MENANG 3 KATEGORI PROGRAM ADAB DAN NILAI

PENYERAHAN sijil penghargaan...
 

 (19 OGOS 2020): SK Kolombong menang 3 kategori dalam Program Adab dan Nilai (PPADNI) peringkat daerah Kota Kinabalu, kategori Sekolah Rendah.

Adik Nurain binti Ainie berjaya menjadi johan dalam pertandingan Nyanyian Solo. Sementara adik Puteri Aleesya Nur Islam binti Md Airul mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Daie Cilik Perempuan. Dalam pertandingan e Hafazan Perempuan, adik Nur wafiah wadhihah binnti Mohd Fadzli mendapat tempat ketiga.

Adik Nurain binti Ainie