(5 JUN 2019): Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian berteraskan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa di Universiti Putra Malaysia bagi ambilan Tahun 2019.
PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
(PROGRAM KHAS IR 4.0)
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
(PROGRAM KHAS IR 4.0)
Kursus ini akan dilaksanakan sepenuhnya di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan kohort pertama dijangka akan bermula pada September 2019.
Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) sebelum atau pada 21.06.2019 (Jumaat).
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7087 untuk maklumat lanjut.
SENARAI BIDANG PENGKHUSUSAN PROGRAM INDUSTRIAL REVOLUTION (IR)
4.0 TAHUN 2019
BIDANG PENGKHUSUSAN | PERINGKAT PENGAJIAN | ||
Teknologi Pendidikan/ Pengurusan Sistem Maklumat |
SARJANA | PHD | |
Sains Data Dan Maklumat / Pengurusan Maklumat | |||
Pengurusan Teknologi Pendidikan | |||
Pembangunan Kurikulum Pendidikan | |||
Teknologi Pendidikan | |||
Artificial Intelligence | |||
Sains Komputer | |||
Teknologi Maklumat | |||
Teaching and Learning Tools In 21st Century Knowledge Society |
|||
Pendidikan Teknologi Maklumat |
Maklumat
Tawaran ini adalah terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat dalam skim perkhidmatan pendidikan yang mana ketua perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).
SYARAT UMUM
i) Pegawai hendaklah mempunyai iltizam, pengetahuan, kemahiran,pengalaman, dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukankejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya,berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan
laluan kerjaya pada masa hadapan; dan
ii) Belum memulakan pengajian di mana-mana Universiti Awam di dalam
atau luar negara.
Senarai Dokumen dan Borang Permohonan:
SENARAI SEMAK PERMOHONAN CUTI BELAJAR
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DAN
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN, KPM
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DAN
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN, KPM
- Salinan surat Lantikan ke Jawatan sekarang (disahkan)
- Borang Permohonan Mengikuti Pengajian Pegawai Perkhidmaan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana – KPM(BBP)LD 1/2019 dan lampiran yang disenaraikan
- Borang Perakuan Perakuan Bidang Dan Institusi Pengajian Oleh BPG – KPM(BBP)LD A/2019 dan lampiran yang disenaraikan **PPP sahaja
- Salinan surat pengisytiharan harta yang terkini melalui HRMIS (yang telah disahkan)
- Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini pada tahun semasa dan disahkan
- Slip pendaftaran Universiti (jika telah mendaftar. Jika belum, boleh kemukakan kemudian)
- Surat/dokumen pengesahan sumber kewangan (bagi permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa sahaja)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Ijazah (jika berkaitan)
- Jadual atau Kalendar akademik tahun semasa bagi bidang pengajian yang berkaitan
- Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmaan Pendidikan Dan Anggota Kumpulan Pelaksana- KPM(BBP)LD 2/2019
- Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmaan Pendidikan Dan Anggota Kumpulan Pelaksana – KPM(BBP)LD 3/2019 dan lampiran yang disenaraikan
- Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan / Tabung Pendidikan – KPM(BBP)LD 4/2019
- Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bagi Permohonan Cuti Belajar /Biasiswa / Pinjaman Pendidikan – KPM(BBP)LD 5/2019
- Salinan surat Pengesahan Pelantikan ke Jawatan Sekarang (disahkan)
- Salinan slip gaji terkini yang disahkan
- Salinan surat Pengesahan Perkhidmatan (disahkan)
- Salinan Sijil SPM/ Diploma/ Ijazah (disahkan)
Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan program ini. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.
Kredit : https://www.pendidik2u.my
No comments:
Post a Comment